Ku Lihat Hijau….

 rinas

Pinjam line kejap from Zainal Abidin’s Hijau….baru sesuai dengan tema kita kali ni kan Rina kan…hehehe!

Inilah dia salah seorang pemenang bagi One Lucky Mummy contest yang diadakan baru-baru ini. Mulanya memang satu sahaja pemenang tapi memandangkan kesemua komen-komen yang diterima amatlah menyentuh perasaan saya sebagai seorang ibu jadi hadiahnya diberikan kepada TIGA ibu-ibu yang bertuah.

Antaranya Mama Rina, ibu kepada sepasang cahaya mata yang bijak dan comel-comel belaka. Adib Irfan + Auni Damia, inilah buah hati pengarang jantungnya. Keletah mereka di studio LittleBigShots tempohari cukup menghiburkan, terutamanya Auni Damia yang tidak lepas memeluk adik “Ipin” sepanjang penggambaran dan tegas ingin adik Ipin turut serta dalam setiap “frame”. So sweet kan! Mungkinkah Auni dah bersedia untuk menjadi kakak? Hehehe!;)

Yang pastinya hero bujang , Adib Irfan memang anak ibu. Begitu rapat dan manja sekali dengan ibunya. Mungkin juga kerana dia anak yang sulung dan anak lelaki sememangnya lebih rapat dengan ibu kan. 😉

Rina, you are one lucky mommy to have such a pair of lovely kids. I know you are already a great mom to them, and I wish you all the happiness in the world. 🙂

Leave a comment