Studio Raya Portraiture 2009

raiyan hakimi

It’s that time of the year again! Salam Ramadhan to my fellow blog readers.ūüôā

It has been almost a week already. Tak terasa kan, begitu cepatnya masa berlalu. Memang dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan yang paling dinantikan. Bukan sahaja bulan yang penuh kemuliaan dan juga amal ibadat tapi juga bulan makan! Masa inilah yang cukup menduga kekuatan iman dan nafsu kita bila berbelanja untuk makanan. Biasanya kalau pergi PARAM tu mesti tak kurang dari RM10 untuk satu keluarga, terutamanya bila ada anak-anak kecil yang berpuasa pasti¬†mereka akan meminta ganjaran pada petangnya. Dan seperti biasa, kita sebagai ibu bapa pasti tidak akan menghampakan mereka kan tapi pastikan anda bijak berbelanja ya….:)

alia amelyn

Dan yang pastinya mungkin sudah ramai antara kita yang sudah membuat persiapan untuk 1 Syawal nanti. Ada yang sudah memilih tema warna sedondon untuk keluarga masing-masing. Dan mungkin ada yang sudah mula mencari resepi untuk biskut-biskut raya. As for us, cuma kelengkapan untuk dua anak dara itu sahaja yang sudah siap sedia, termasuklah baju kebaya yang menjadi tema pilihan tahun ini. Yang pastinya tiket pulang sudah siap dibeli. Insya-Allah kami akan pulang beraya ke Perlis lagi tahun ini. Tak sabar rasanya nak bertemu keluarga dan sanak saudara semua. Tak lupa juga ketupat palas dan rendang + laksa hasil air tangan bonda tercinta. Ahh…tak sabar rasanya!ūüėČ

iris

Oh ya, dah lari sikit dari tajuk kan…anyway,¬†sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, theLittleBigShots mengambil kesempatan untuk mengadakan promosi¬†Gambar Raya¬†di studio kami.¬†Cuma RM 99 sahaja untuk satu sessi dan anda akan mendapat 1 keping 8R + 3 4Rs dan juga soft copy dalam photo CD.¬†Yang pastinya¬†gambar-gambar ini¬†akan menjadi¬†tarikan di ruang¬†tamu pada 1 Syawal kelak. Jadi apa lagi dinantikan,¬†email¬†sekarang untuk booking ya…:)¬†

 

Available slots:-
Saturday 29th August
12.00 pm – Nik Nazrina
3.00 pm
5.00 pm

Sunday 30th August
12.00 pm
3.00 pm
5.00 pm

Monday 31st August
12.00 pm
3.00 pm
5.00 pm

Saturday 5th Sept
10.00 am – Nita
12.00 pm – Mrs Rafiq
3.00 pm – Ja
5.00 pm –

Sunday 6th Sept
10.00 am – Juju
12.00 pm –

Saturday 12th Sept
10.00 am –
12.00 pm – Riniy
3.00 pm
5.00 pm

email thelittlebigshots@gmail.com

sms/call 013.3999.432

Selamat berpuasa dan berbuka!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s